Friday, 3 February 2017

Surah Amalan Ibu Mengandung

Hai, selamat pagi..

Semua sihat ye?

Semasa mengandung kita terutamanya orang Islam dinasihatkan supaya mengamalkan bacaan ayat Al-Quran. Al-Quran ialah penyuluh hidup kita yang Allah kurniakan melalui Nabi Muhammad. Kandungan ayatnya sangat-sangat miracle hingga orang bukan Islam yang kaji Al-Quran pun boleh terpikat dengan Islam.



Okay, surah ini khas untuk ibu mengandung. Namun, lagi sesuai jika kita amalkan baca Quran sepanjang tempoh kehamilan.

Antara surah pilihan :

Surah Al-Fatihah 

Surah ini surah wajib kan. Kalau boleh hafal maksud surah ini.SURAH AL-FATIHAH
Kelebihan surah ini supaya anak yang dikandung menjadi anak yang tenang hati dan kuat ingatan


Surah Yusuf

Surah ini agak panjang, boleh buat 2-3 hari ke untuk habiskan.
Kelebihan surah ini supaya anak yang dikandung memperoleh rupa yang sempurna, cantik dan secantik akhlak. Tahu kan kisah Nabi Yusuf yang handsome tu.


Surah Luqman

Surah ini mudah, sekajap sahaja boleh habiskan.
Kelebihan surah ini supaya anak yang dikandung memperoleh kecerdikan akal dan jiwa


Surah Maryam

Surah ini panjang, boleh nak habiskan satu hari pun. Bahagikan 5 waktu.
Kelebihan surah ini supaya anak yang dikandung selamat dilahirkan, menjadi anak yang sabar dan taat dan dipermudah urusan ibu bersalin.


Surah At-Taubah

Surah ini sesuai diamalkan selalu. Kita ini pendosa.
Kelebihan surah ini supaya anak yang dikandung bersih jiwanya


Surah Hujurat

Surah ini pendek
Kelebihan surah ini untuk dipermudahkan urusan penyusuan ibu nanti dan anak pun lebih berhati-hati.


Surah Yaasin

Surah ini surah 'hati' Al-Quran
Kelebihan surah ini untuk diberi ketenangan hati untuk ibu mengandung dan selamat dari gangguan.


Surah An-Nahl

Surah ini pun best.
Kelebihan surah ini untuk anak yang dikandung lebih berdisiplin dan dengar kata

Pendek kata, semua surah dalam Al-Quran ada makna yang tersirat dan pengajarannya. Kita pun dapat banyak pahala dan ganjaran kan.

Al-Quran Penawar Hati dan Jiwa
Jika kamu ingin Allah bercakap denganmu, bacalah Al-Quran dan jika kamu pula ingin bercakap dengan Allah, maka dirikanlah solat..luahkan apa yang terbuku kerana Allah sentiasa mendengar.



Semoga dipermudahkan urusan ibu semua.




Nak cari supplement Shaklee, sudi-sudikanlah cari saya


Salam sayang,

Adiana
SID 1123860
0137131476
Pengedar Shaklee Putrajaya







3 comments:

  1. Suroh Muhammad juga baik diamalkan semoga anak mempunyai jiwa dan peribadi mulia.

    Apa pun sebaiknya jgn tinggal al-quran tidak kiralah semasa mengandung mahupun tidak.

    ReplyDelete
  2. terima kasih kerana berkongsi ;-)

    ReplyDelete

♥ Copyright © Nurul Fatin Adiana | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger