Sunday, 8 January 2017

Tips Mudah Elak Kaki Kejang Ketika Mengandung

Kaki kejang?

Itu normal ye bagi wanita mengandung. Teringat masa mengandungkan Aqil dulu, acap kali kena. Suami lah yang jadi tukang urut kita.



Kerap berlaku seiring dengan tumbesaran bayi dalam perut ketika trimester kedua dan ketiga.
Jantung, ginjal dan sistem peredaran darah bekerja kuat semasa kita mengandung dan otot-otot menjadi tunjang kepada pertambahan berat badan, turut menjadi tegang.Otot yang selalu jadi kejang, otot betis kan. Nak tidur pun susah. Kadang tengah lena pun boleh terjaga bila otot kejang ni.

Atau nak lebih faham, ketika kandungan kita membesar,saraf yang menghala ke kaki juga tertekan.


Ada yang mengatakan kejang yang berlaku semasa mengandung ini kerana :

  • Kekurangan nutrien mineral seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Ini kerana bayi kita mengambil apa yang diperlukannya dalam simpanan badan kita. Keperluan kalsium semasa hamil 1000mg/sehari.
  • Uterus (rahim) yang semakin membesar dan memberi tekanan ke atas salur darah kaki.
  • Kesan daripada hormon progesteron ( hormon ketika mengandung ) pun boleh beri kesan pada otot kaki.
  • Aktiviti seharian contohnya bersukan, berdiri lama, berlari pun boleh buatkan otot kaki letih apatah lagi tengah mengandung.

Namun, masalah ini sebenarnya boleh diatasi. Apabila kekejangan berlaku :
  • Buat regangan.Tegakkan kaki, dan gerakkan pergelangan kaki slow-slow. Masa nak buat itu, confirm sakit sangat tapi cuba tahan dulu sakit.Lepas itu hilang dah.
  • Urut otot
  • Jalan slow slow sehingga sakit hilang

Bagaimana untuk atasi masalah ini ?

Ada beberapa tips mudah yang boleh anda cuba:
  • Senaman regangan kaki



  • Cuba elakkan tidur dengan jari kaki menghala ke bawah
  • Elakkan duduk dan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang.Biasa ibu yang bekerja di pejabat kan. Selang sejam, boleh berdiri sekejap, buat regangan dan duduk balik.
  • Mandi dengan air suam sebelum tidur. Bestnya
  • Banyakkan minum air putih.
  • Boleh cuba juga supplement / nutrien seperti kalsium magnesium. 

AWAS !!

Sekiranya sakit pada kaki anda tidak surut-surut selama beberapa hari dan betis anda bengkak, sila berjumpa terus doktor. 


Kelebihan Ostematrix untuk ibu mengandung


Bentuk ostematrix.Sangat mudah untuk ditelan

  • Bantu atasi masalah kejang kaki, simpul mengkarung, kebas-kebas
  • Kuatkan tulang dan gigi
  • Bertenaga dan cergas sepanjang hari
  • Tidur lena
  • Stabilkan hormon
  • Atasi juga masalah sembelit
  • Sebiji ostematrix bersamaan 1 gelas susu + 80 biji badam. Senang untuk ditelan.

Review dari ibu hamil yang sweet


Simpul mengkarung tak menyinggah lagi



 Ambil ostematrix, terus hilang kebas


 Lenguh hilang, senang membuang dan sangat bertenaga


Cergas, sakit pinggang tiada


Boleh juga anda ingin dapatkan set hamil Shaklee supaya kandungan kita sentiasa sihat, kita pun bertenaga.

Hubungi saya untuk konsultansi

Adiana
0137131476
Pengedar Shaklee Putrajaya
SID 1123860

Nak income sampingan , boleh hubungi saya ye!

***Produk Shaklee bukanlah bertujuan mendiagnos, merawat dan mengesan sebarang penyakit


2 comments:

  1. masa pregnant dulu sekali jer terkena kejang kaki.

    ReplyDelete

♥ Copyright © Nurul Fatin Adiana | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger