Saturday, 28 January 2017

Pengalaman Anak Diserang Demam Sawan

Pengalaman banyak mendewasakan kita.


Lihat gambar ini saya rasa sangat bersyukur...Sihat nya dia sekarang...

Terimbas kembali Aqil Qhaleef waktu berusia 13 bulan. Dia diserang demam sawan dan berlaku depan mata saya sendiri. Serius ! Saya SANGAT SANGAT takut lihat dia ketika dia tengah kejang dengan mata ke atas. Allahu akhbar, saya ingatkan saya dah kehilangan dia. Macam orang nazak tau..Namun, Allah masih bagi peluang untuk saya jaga dia lagi. Syukur..

Sebelum dia diserang sawan tu, dia tidur. Dan saya tengah jerlum dahi dia. Dan saya terlelap , yelah kan waktu itu saya kerja. Balik dari rumah pengasuh, pengasuh bagitahu dia demam. Dan pengasuh pun jerlumkan badan dia juga. Saya terlelap sekejap je tiba-tiba dia bangun. Dan menangis. Saya dah tak tenang dah, saya angkat dia ke ruang tamu. Tinggalkan sekejap untuk saya bersiap nak bawa dia ke hospital. Ngam-ngam saya dah siap waktu itulah dia diserang sawan tu. Takut weiii..Panik, tak tahu nak buat apa. Ketika itu, abah dia belum balik lagi. Saya call abah dia suruh cepat-cepat balik.

Sampai ke hospital Kajang, direct masuk zon kuning. Confirm!wajib warded. Pengalaman kali kedua. Sebelum ini Aqil warded disebabkan broncho pneumonia waktu dia usia 9 bulan. Selama 4 bulan badan dia memang lemah..Sering diserang batuk dan selsema.Klinik pakar, klinik swasta semua saya pergi. Duit yang terlabur tak usah nak cakaplah..End up dia diserang sawan ni.


Kat hospital, saya lah yang temankan dia. Susahnya nak tidur bila masuk hospital ni. Itu yang saya serik sangat. Sering 'diganggu' nurse untuk suntik antibiotik.Hehe. 4 hari berkampung di wad, saya ambil cuti. Bos pun macam nak tak nak je bagi.Hehe.. apakan daya saya ketika tu. Suami pun ada temankan aqil juga tapi waktu rehat, waktu saya nak tukar pakaian.Dia nak ambil cuti tapi saya tak bagi sebab Aqil masih menyusu badan + fm..

Saya nekad. Ni lah last anak ku warded. Lepas ini tak nak dah. Serik. Waktu first warded dulu, Aqil tinggal di taska. Lepas keluar ward saya tukarkan kepada pengasuh. Alhamdulillah pengasuh jaga elok walaupun dia selalu selsema dan batuk.

Sebelum keluar hospital, doktor ada nasihatkan supaya aware bila dia demam..Kemungkinan 30% boleh berulang lagi.

Dengar doktor cakap gitu, siapa tak risau kan..


Doktor ada bagi tips macamana nak handle bila anak diserang sawan ni :

1- Kita kena tenang, relax. Saya jenis cuak.hehe.Kali pertama kan.

2- Mengiringkan anak kita. Waktu Aqil diserang tu, dia baring.

3- Jauhkan barang-barang yang tajam di sekeliling dia. Waktu tu saya baringkan dia atas toto..Alhamdulillah, ruang yang lapang.

4- Jangan sesekali letak apa-apa dalam mulut. Yang ini saya pernah dengar orang cakap letak sudu or something bagi elak dia ketap gigi. So far, saya tak buat lah.

5- Jangan tinggalkan anak sendirian. Yang ini berlaku depan mata saya. Panikkk

6- Sekiranya sawan lebih 5 minit, eloklah ke hospital. Yang ini kita kena alert lah jamberapa, berapa minit berlaku. Nanti doktor akan tanya semua.

Apa yang saya buat selepas itu ?


Waktu itu saya berkenalan dengan Shaklee, rupanya ada vitamin untuk kanak-kanak. Saya ikhtiar dengan mealshakes..Dengan izinNYA juga, saya dah tak cuti selepas dari itu dan Aqil kembali aktif, sihat dan ceria.Pelaburan yang sangat berbaloi. Walaupun orang kata Shaklee ini mahal namun ia bertahan selama 5-6 bulan satu canister..serius jimat gilerr..Selain itu, selera makan Aqil bertambah. Kuat makan. Suka tengok.. Hampir 5 bulan tidak diserang demam, selsema dan batuk.Sistem Imun badan dia dah meningkat. Lepas bulan ke-6 ada sekali dua demam, saya upkan dos mealshakes. Esoknya fully recovered. Cukuplah menjadi pengajaran untuk kami. Serikkkkk...

Dan saya pun tak nak airmata saya mengalir lagi melihat anak penuh berselirat wayar dan dicucuk banyak kali selama dalam wad tu.

By the way, saya bukan anti-vaksin.hehe


Shaklee is the best supplement, proven, ada clinical test dan landmark study.

Pelaburan untuk kesihatan sememangnya berbaloi.Alhamdulillah . Nak try mealshakes untuk anak? Boleh hubungi saya untuk saya terangkan lebih lanjut.



Salam sayang,

Adiana
0137131476
Pengedar Shaklee Putrajaya
SID 1123860
adiananurulfatin@gmail.com


4 comments:

  1. smoga die shat n ceria slalu.. :)

    p/s : hi... sy dtg blogwalking dan sy dh follow blog comel awk ni.. hope awk sudila juga follow blog baru sy ye.. :D ty..
    banyak info menarik yang saya kongsikan di www.1001petua.com .. InsyaAllah, awk pasti tak kan menyesal.. :D

    ReplyDelete
  2. Risaunya kan kalau berlaku apa2 kag anak dan kita sorang2 yang hadap dia masa tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul....mmg takut...sbb x biasa kan...

      Delete

♥ Copyright © Nurul Fatin Adiana | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger