Monday, 23 January 2017

Cara mudah untuk buat ujian Pap Smear

Pap Smear?


Hehe. Ada yang takut kan nak buat. Saya dah buat 2 kali dah..tak sakit pun...janji kita kena relax dan tenang.

Penting ke pap smear ni?

Bagi saya penting (walaupun baru tahu penting..kikiki)

Pap smear dilakukan untuk mengesan perubahan sel yang tidak normal dalam pangkal rahim kita.Benda kat dalam ni kita tak nampak, jadi kena ambil sampel untuk diuji di makmal. 

Kanser serviks dan kanser payudara antara pembunuh utama wanita tau. Haaa..jangan ambil enteng ya. Zaman sekarang tak serupa dulu. Zaman tok nenek kita. Jarang sangat ada penyakit begini. 

Eloknya kita cegah dari merawat kan. Sekurang - kurangnya kita dapat tahu keadaan diri kita macammana.

Kanser ni boleh hadir tiba - tiba je tau. Teringat masa raya haji dulu, ada majlis rewang. Ada sorang kakak yang tinggal dalam kejiranan saya, baru aje lepas operate buang sebelah payudara dia. Kesian sangat tengok dia, orangnya umur 35 tahun. Muda lagi tau. Cengkung, kurus. Dia bagitahu doktor diagnos pun ketumbuhan tu dah merebak. Dia cakap dia rasa sakit je bila terlanggar sesuatu. Lepas operate, masih perlu jalani kimoterapi lagi. Orang kata sakit kimoterapi ni. Allahu..moga dipermudahkan urusan kakak tu.

Berbalik pada pap smear. Macam jadi tanggungjawab pulak perlu sebarkan apa yang nurse pesan.

Nurse bagitahu untuk orang yang dah melahirkan anak elok buat setiap tahun. 3 tahun pertama, sekali dalam setahun. Result okay Alhamdulillah. Untuk tahun ke4 boleh selang 2 tahun sekali sekiranya result okay.

Nurse cakap ramai yang takut nak buat. Tak perlu takut. Sikit je sakit. Relaks dan sekejap aje buat ujian ni.

Masa saya pergi klinik kesihatan tu, tak lama pun nombor dah dipanggil. Tak payah tunggu lama sebab untuk pap smear ada bilik khas nya.

Nasihat saya, untuk yang dah kahwin tu MESTI buat ujian ni tau.

LANGKAH SEBELUM JALANI UJIAN PAP SMEAR


U all perlu catat kitaran haid

seeloknya dilakukan pada hari ke 10 - 15. dan pastikan kita bersih dari haid, bimbang menggangu proses ambil spesimen tu.


Sedia untuk pemeriksaan

Jangan pakai pembersih vagina dua hari sebelum ujian, ubat-ubat yang jenis cucuk di bahagian vagina.Seeloknya tidak bersama dengan suami 48 jam sebelum pemeriksaan. Sebelum ambil nombor, nurse akan tanya ada bersama ke malam tadi. Haa, kalau ada , silalah anda balik ke rumah.hehehe..datang hari lain..


Pergi ke klinik berdekatan

macam saya, saya buat di klinik kerajaan je. Free je. Orang duk cakap klinik kerajaan kena tunggu lama, tapi sebenarnya ia tak lah selama kita pergi check up anak. Sekejap je. Nombor saya ketika tu selepas patient inject perancang, terus nurse panggil masuk bilik.Terpulang pada u all lah kan. Nak ke klinik LPKKN ke swasta ke,boleh aje. Datang awal ke klinik, sebelum dipanggil ke bilik prosedur, rasa nak buang air kecil, elok pergi tandas dahulu. Sebab kan, nurse akan tanya nanti.


Daftar nama di kaunter pendaftaran

Tunggu no u all dipanggil, sementara itu boleh lah ber'fb' dulu.hehe

Prosedur dijalankan

Ikut je arahan nurse. Sebelum prosedur dibuat, nurse akan suruh kita isi borang dulu. Borang untuk Pap Smear dan pemeriksaan payudara. Dan prosedur selamat dibuat. Sekejap je. Dalam 5 minit. Tak perlu takut. Tarik nafas, hembus slow slow. Untuk pemeriksaan payudara hari ke5 selepas period elok check. Nurse ajar macamni 'awak tutup mata, dan rasa mata awak.timbul kan. Ha, lebih kurang itulah biji yang ada dalam payudara awak'..Untuk ibu menyusu pun perlu buat jugak tau.


Tunggu report

Satu salinan nurse akan bagi kat kita untuk rujukan dan selainnya dihantar ke HQ makmal. Kalau Putrajaya ni, sampel ujian akan dihantar ke makmal HKL. Dua bulan sekiranya tiada panggilan, Alhamdulillah..berita baik lah tu.


So, amacam? takut lagi?

Alaaa, tak perlu takut. Sekejap aje pun.

Lepas baca entry ni, pergi tau jika tak buat lagi.





Salam sayang,

Adiana
0137131476
adiananurulfatin@gmail.com
Pengedar Shaklee Putrajaya

Shaklee ada vitamin antioksidan tau, untuk lindungi badan kita dari radikal bebas yang menjadi salah satu penyebab kanser..vitamin A,C dan E..nak lagi power, VIVIX, lindungi dari peringkat sel DNA terus.





5 comments:

  1. nice info.... terimakasih . tunggu kawen la baru check hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq,btw,,,utk check breast, anak dara pun perlu check jgk...semiggu after habis period

      Delete
  2. Replies
    1. untuk yang pernah melakukan hubungan xxxx sahaja..berumur dari 25 ke atas...

      Delete
  3. Ooo penting juga ni..terima kasih atas ingatan, hehehe saya tak kawin lagi :P

    ReplyDelete

♥ Copyright © Nurul Fatin Adiana | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger