Monday, 2 January 2017

7 Makanan Anti-Aging untuk Kulit


Semua orang impikan kulit yang berseri, kulit yang cantik kan. Apa yang kita makan sebenarnya boleh untuk kita capai keinginan yang kita mahu tu.Tiada makanan yang AJAIB dapat hilangkan kedutan namun , makanan yang saya akan share ini adalah asas untuk kulit.



Apa-apa pun bermula dengan asas kan.

U all boleh buat pilihan semasa shopping kan. Pilih makanan semulajadi yang penuh nutrien, contohnya buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, bijirin, ikan, protein tanpa lemak.

Dalam masa yang sama, tidur, senaman dan sunblock pun perlu tau.


''All of these things will help you look and feel younger,'' says dietitian Elisa Zied, author of Younger Next Week.

Okay, nanti u all shopping, boleh penuhkan troli u all dengan super foods ni :


1. Oat



Menurut pakar dermatologi New York, Debra Jaliman.. beliau mengesyorkan oat kerana oat salah satu makanan yang rendah glisemik.

Rendah glisemik ini maknanya u all makan banyak pun gula dalam darah tidak naik. Dan kalau nak tahu salah satu punca jerawat dan kedut-kedut ni kerana banyak ambil makanan tinggi glisemik.

Oat ni kan mempunyai kimia tumbuhan semulajadi, di mana bantu untuk cegah kerosakan pada sel kulit dan boleh legakan kulit yang sensitif / gelupas

Contoh : gandum, beras perang, bijirin lain pun boleh. U all boleh cuba ESP rendah glisemik


2. Oren



Oren ini jenis juicy , jadi ia akan kekalkan kelembapan kulit kita. Sebiji oren yang besar mempunyai sumber vitamin C yang terbaik. Kita pun dah tahu kan, fungsi vitamin C untuk bantu penghasilan kolagen. Itu yang buatkan kulit makin lembut sangat.

Pelbagaikan lagi warna dalam senarai buah-buahan pilihan kita. U all boleh cuba limau gedang, tomato dan pasli. Boleh rujuk sumber vitamin C lain


3. Avokado



Avokado ni rasanya pahit lemak-lemak gitu kan. Namun ada cara untuk makan supaya lebih sedap. U all boleh taburkan gula perang, gula merah atau gula melaka.

Kalau u all nak tahu, avokado ni kaya sangat dengan vitamin E. Minyak yang terhasil dari buah ini mengandungi vitamin E. Bagus untuk pulihkan parut tau.

Kulit pun kekal terhidrat. Lemak dalam buah avokado ini lemak yang sihat, bantu menyerap beberapa vitamin dan nutrien yang diperlukan oleh badan kita.

Boleh juga cuba minyak zaitun, badam dan sumber vitamin E lain


4. Daging lembu tanpa lemak



Cara dapatkan protein yang berkualiti ialah daging bahagian top sirlion. Protein asas untuk bina kolagen

Memasak daging lembu dengan api yang besar dan lama boleh hilangkan nutrien / kimia semulajadi dalam daging tersebut.

Boleh juga cuba sumber protein lain seperti telur, ayam,tauhu, ikan dan kacang soya


5. Brussel sprouts



Sumber yang kaya dengan vitamin A dan C serta asid folik.

Vitamin C untuk penghasilan kolagen manakala vitamin A dan asid folik untuk cegah kerosakan kulit dari sinaran UV.

Cara masaknya hanya tumis sekejap dan titiskan minyak zaitun.

Boleh cuba sumber lain seperti bunga kobis, brokoli, kale.


6. Salmon



Ikan salmon ialah salah satu sumber omega-3. Kajian telah dibuat, omega-3 dari sumber ikan sangat bantu cegah sel kanser kulit dari merebak dan membesar.

Boleh juga cuba chia seeds, walnut, ikan kembung dan sumber omega-3 lain


7. Anggur



Seperti yang kita maklum, anggur sangat kaya dengan kuasa antioksidan. Kulit anggur mempunyai resrevatrol iaitu kandungan antioksidan yang sangat powerful.

Ia juga bersifat antiradang dan melambatkan penuaan dan boleh melawan kesan radiasi UV. Namun kita juga perlu memakai sunblock. Senang kata, pertahanan luar dan dalam perlu untuk melawan radiasi UV.

Boleh juga cuba kacang tanah rebus dan serbuk koko.

.
.
.
Selamat shopping dan memilih.


Salam sayang,

Adiana
Pengedar Shaklee Putrajaya
SID 1123860
0137131476




























No comments:

Post a Comment

♥ Copyright © Nurul Fatin Adiana | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger