Tuesday, 18 October 2016

Tanda-Tanda Gastrik dan Pedih Ulu Hati

Selalu kita dengar kan tentang gastrik ni. Orang yang selalu kena gastrik ni, peluang untuk berpuasa penuh susah namun sekiranya membuat pencegahan awal insyaAllah boleh puasa penuh.


Sebelum itu, jom kita fahami dahulu apakah itu penyakit gastrik.

Gastrik

Gastritis atau penyakit gastrik yang sangat familiar adalah satu penyakit yang seringkali dikaitkan pedih atau sakit pada bahagian perut atau ulu hati.

Mengikut ilmu kedoktoran, penyakit gastrik adalah keradangan yang berlaku di lapisan permukaan perut.

Penyakit ini disebabkan oleh ketidakseimbangan kandungan asid dan pepsin dalam usus.

Pengeluaran asid yang berlebihan menyebabkan terjadinya ulser




Penyebab lain terkena gastrik

  • Jangkitan kuman seperti Helicobacter Pylori
  • Alergi
  • Merokok
  • Ubat-ubatan ( seperti painkiller, aspirin dan ubat tradisional yang mengandungi steroid)

Prostagladin ialah sejenis bahan kimia seakan hormon yang bertanggungjawab untuk melindungi lapisan perut dari tindakan hakisan asid gastrik(asid yang dirembeskan oleh perut).

Apa yang terjadi kepada pesakit gastrik adalah disebabkan dua fator iaitu faktor yang melindungi dan faktor agresif yang menyebabkan keradangan pada lapisan permukaan perut.


Tanda-tanda gastrik

  • sakit di bahagian ulu hati
  • perut kembung
  • sendawa yang kerap
  • loya dan muntah
  • muntah darah atau najis berwarna hitam - tahap kronik

Langkah pencegahan awal
  • Cara pemakanan yang tidak teratur boleh menyebabkan gastrik menyerang.
  • Perlu makan ikut jadual, makan sedikit tapi kerap
  • Kenalpasti punca kenapa gastrik boleh berlaku contohnya minum air bikarbonat, merokok atau lewat makan.
  • Satu lagi, ramai yang menganggap apabila mengambil ubat tahan sakit boleh kurangkan penyakit gastrik.
Awas ye!

Sesetengah ubat tahan sakit mempunyai satu bahan kimia yang boleh mengurangkan penghasilan prostaglandin menyebabkan lapisan perut mudah terhakis oleh asid gastrik.

Ada juga sesetengah ubat tradisional mengandungi bahan kimia yang boleh membantutkan penghasilan prostaglandin di perut. Pengambilan kedua ubatan ini boleh menyebabkan masalah gastrik semakin teruk.


Apa yang perlu dielakkan oleh pesakit gastrik?
  • Makanan dalam tin - kerana kandungan asid yang tinggi
  • Minum bergas
  • Merokok
  • Makanan yang mempunyai asid tinggi - limau, oren, tomato
  • Minuman yang mempunyai kadar kafein yang tinggi seperti teh dan kopi
  • Bagi yang berpuasa, elakkan makanan bergoreng, berbuka dengan kuantiti yang banyak dan tidur selepas sahur atau berbuka

Amalkan :
  • Air putih 2.5 liter sehari
  • Minum susu atau air buah yang tidak berasid contohnya pisang
  • Banyakkan makan makanan karbohidrat kompleks seperti beras perang, oat dan kekacang badam
  • Makanan yang dipanggang lagi sesuai dari yang bergoreng

Bagaimana Shaklee boleh membantu pesakit gastrik?


ESP

  • Penting untuk pemulihan luka
  • Membekalkan protein dari kacang soya non GMO ; kacang soya ialah tumbuhan yang tinggi sifat alkali.
  • Membantu meneutralkan semula keasidan perut yang merupakan punca gastrik
  • Membantu membina semula sel baru bagi menggantikan sel yang lemah dan rosak

Peppermint Ginger Plus

  • Kombinasi 4 herba yang sangat mujarab untuk membuang angin iaitu daun pudina,halia, pokok adas dan cekur manis.
  • Terbukti secara kajian klinikal membantu dalam merawat dan mencegah masalah loya, angin dalam badan, gastrik, mabuk laut, susah sendawa dan masalah sistem penghadaman.
  • Boleh dilarutkan dalam air atau terus ambil seperti biasa.
Testimoni mereka yang menggunakan ESP dan Pepermint dalam mengatasi gastrik




-

-

Jaminan Shaklee

SENTIASA SELAMAT



SENTIASA BERKESAN



SENTIASA MESRA ALAM

Boleh hubungi saya untuk dapatkan Set Gastrik dan konsultansi PERCUMA



Adiana
SID 1123860
Pengedar Shaklee Putrajaya
0137131476
Pengeposan Seluruh Malaysia

***Produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit.



Kredit : www.mmgazette.com
GLC






4 comments:

  1. dulu saya pernah kena gastrik, alhamdulillah tak teruk

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah...sakit kn..sy waktu darjah 6 kena...

      Delete
  2. wah, info sangat menarik ni. terima kasih atas perkongsian :)

    ReplyDelete

♥ Copyright © Nurul Fatin Adiana | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger