Sunday, 9 October 2016

Cara Merawat Demam Denggi Tanpa Ubat

Selalu kan kita dengar tentang demam denggi ini.


Apakah itu Demam Denggi?

Demam Denggi ialah sejenis jangkitan virus yang merebak melalui bawaan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.

Ada 4 jenis virus yang boleh menyebabkan denggi ( DEN1, DEN 2, Den 3 dan DEN 4 ).

Jika individu itu tinggal di kawasan denggi, mereka boleh dijangkiti lebih dari sekali denggi ini.

Tanda-tanda dijangkiti Demam Denggi

Sekiranya dijangkiti virus tersebut, pesakit akan mengalami tanda-tanda ini selepas 4-6 hari :

  • Demam panas ( Tidak kebah )
  • Sakit kepala
  • Sakit tulang belakang
  • Sakit sendi-sendi
  • Loya dan muntah
  • Sakit biji mata
  • Ruam

Demam Denggi Ada 2 Jenis Iaitu :

Demam biasa
- Demam biasa dan mengalami tanda-tanda di atas namun ianya menyebabkan bacaan platlet menurun.

Demam Denggi Berdarah
Awas ye! Demam denggi berdarah ini BOLEH MEMBAWA MAUT.
Selain mempunyai tanda-tanda di atas, ia boleh juga berlaku pendarahan seperti :

  • mudah lebam
  • pendarahan bawah kulit, gusi dan hidung
  • boleh berlaku pendarahan seluruh badan


Statistik Demam Denggi

Rujukan : iDengue

Saya tinggal di Putrajaya. Jika kita lihat carta di atas, W.P Putrajaya sahaja mengalami ratusan kes. Kawasan Putrajaya ini tidaklah besar mana namun dengan melihat carta di atas boleh dikonklusikan agak serius.

Rawatan Demam Denggi?

Sebenarnya masih tiada lagi rawatan khusus untuk demam denggi.
Pesakit yang mengalami tanda-tanda tersebut perlu mendapatkan rawatan segera.
Kebiasaanya pesakit akan diberikan ubat demam(paracetamol) dan dinasihatkan berehat di rumah sahaja dan dikehendaki minum air putih yang banyak untuk mengelakkan dehidrasi. Jika badan kekurangan air dan bacaan platlet makin hari makin menurun pesakit akan ditahan di wad untuk rawatan selanjutnya.

Selain itu, pesakit boleh berikhtiar dengan alternatif lain seperti minum sup ketam nipah dan jus daun betik untuk menurunkan bacaan platlet.

Ada 4 tips lain juga yang boleh anda ikhtiar untuk pesakit seperti dalam video di bawah ini.



4 tips penting yang dikongsikan oleh Nutritionist Shaklee.

- tingkatkan cecair dalam badan
- jaga pemakanan
- tingkatkan imuniti badan
- mengambil protein yang mencukupi
.
.
.
.
.
.
Jaminan Shaklee

SENTIASA SELAMAT


SENTIASA BERKESAN


SENTIASA MESRA ALAM

Boleh hubungi saya untuk dapatkan konsultansi PERCUMA


Adiana
SID 1123860
Pengedar Shaklee Putrajaya
0137131476
Pengeposan Seluruh Malaysia

***Produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit.

3 comments:

♥ Copyright © Nurul Fatin Adiana | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger