Wednesday, 5 October 2016

Cara Hilangkan Whitehead Dan Blackhead

Blackhead dan whitehead cukup terkenal dalam kalangan kaum wanita kan. Selain jerawat dan jeragat, dengan munculnya blackhead dan whitehead ini menjadikan kulit tampak kusam dan tidak berseri. Biasanya mereka yang mempunyai kulit berminyak selalu akan terkena blackhead whitehead ini.

Paling ketara, bintik hitam atau blackhead ini boleh kelihatan di kawasan hidung, dahi dan dagu. Normal, di bahagian hidung. Whitehead pula di bahagian tepi hidung, celah hidung dan pipi.



Blackhead

  • Istilah lain ialah Open Comedo
  • Terjadi kerana lebihan minyak dan kulit mati yang terkumpul pada kalenjar 'Sebaceous'.
  • Apabila ia terdedah pada udara, akan berlaku pengoksidaan yang menyebabkan warna lebihan minyak tersebut bertindakbalas menjadi hitam.
  • Cuba kita picit blackhead itu, perasan tak warna akarnya putih tapi di atasnya hitam. Ia disebabkan bahagian akar tersebut tidak terdedah dengan udara.



Whitehead

  • Istilah lain ialah Closed Comedo
  • Ia ialah salah satu jerawat yang terdiri dari minyak dan kulit sebum mati yang mati dan terperangkap di dalam liang pori muka.
  • Boleh juga ditakrifkan sebagai sesuatu yang kecil, tompok putih halus yang terbentuk di dalam kulit kerana sel-sel kulit menyumbat dan menutup folikel rambut.


Punca ianya berlaku?

Kerana tidak menitikberatkan penjagaan wajah. Setiap hari wajah kita terdedah dengan debu, kotoran, habuk yang melekat. Ini tidak termasuk dengan penggunaan alat mekap lagi. Sekiranya ia tidak dibersihkan dengan teliti, akan berlakunya whitehead dan blackhead.

Masalah hormon, pengeluaran sebum berlebihan, skincare yang tidak sesuai untuk kulit muka dan produk skrubmuka yang kasar boleh menyebabkan berlakunya whitehead dan blackhead.

Blackhead dan whitehead juga diklasifikasikan dalam kumpulan Jerawat.
Jika tidak dibersihkan dengan betul, semakin banyak bakteria akan terkumpul dan keradangan berlaku dan akhirnya timbul jerawat.


Ada segelintir dari kita even saya sendiri pun gemar memicit keluar bintik putih(whitehead) dan bintik hitam(whitehead). Walaupun cara ini dirasakan berkesan untuk menghilangkan blackhead namun ia sebenarnya boleh menyebabkan pori-pori bertambah besar dan menyebabkan jerawat mudah tumbuh.

Tips Untuk Menghilangkan Blackhead dan Whitehead Tanpa Sakit

Selalunya kita gunakan besi khas untuk keluarkan blackhead, boleh namun ada kalanya boleh menyebabkan kulit muka kita menjadi merah dan sakit.

Tips 1

Putih Telur



  1. Ambil sebiji telur dan pecahkan
  2. Asingkan putih dan kuningnya.
  3. Pukul putih telur dalam 2 minit.
  4. Sapukan di bahagian muka dan biarkan ia kering.
  5. Bilas dengan air bersih.
  6. Amalkan secara kerap untuk dapat hasil yang bagus.


Tips 2

Kacang Soya



  1. Kisarkan beberapa biji kacang soya sehingga halus
  2. Sapu seluruh muka di bahagian yang banyak blackhead.
  3. Keringkan dan bilas dengan air bersih.
  4. Kandungan kacang soya bukan sahaja dapat menghilangkan bintik hitam, malah dapat melembutkan kulit.   ***boleh gunakan ESP sebagai ganti
Awas juga! Kebanyakan kacang soya di pasaran ialah kacang soya GMO - yang telah diubah genetiknya.


Tips 3

Lemon



  1. Ambil lemon dan belah dua
  2. Gosokkan secara lembut dibahagian yang banyak blackhead.Biarkan kering
  3. Lakukan dengan kerap.
  4. Awas:jika ada kesan luka atau jerawat, boleh memedihkan muka anda.


Tips 4

Betik



  1. Ambil sepotong dua betik. Kisarkan sehingga hancur.
  2. Sapu di muka
  3. Boleh juga tambah susu segar dan madu.
  4. Biarkan kering dan bilas.

Anda juga boleh wapkan dahulu muka anda dengan wap air panas. Ia dapat membantu membuka liang untuk memudahkan pengeluaran bintik hitam.

Untuk menutup liang pori selepas itu, anda boleh gunakan kiub ais.

Tips 5

Gentle Action Makeup Remover



Bukan sahaja melicinkan, menyerikan dan melembutkan kulit malah membantu untuk menghilangkan blackhead dan whitehead

Mencuci sehingga ke liang dan wajah sangat fresh ibarat baru lepas facial.

Mempunyai kandungan Tunas Pokok Bic yang bertindak lembut untuk menyingkirkan sel kulit mati dengan menyeluruh tanpa rosakkan kulit.

Kandungan aloe menyegar dan menegangkan kulit.

Tidak mengandungi Paraben , SLS dan bahan kimia terlarang

Satu tiub boleh digunakan sehingga 8 bulan penggunaan. Sangat JIMAT!


Jom tengok testimoni mereka yang menggunakan make up remover 






Blackhead dan whitehead tanggal!



Tanggal whitehead!


Hidung yang menggerutu kini licin


Wajah pun kelihatan berseri-seri
.
.
.
.
.

Jaminan Shaklee

SENTIASA SELAMAT


SENTIASA BERKESAN


SENTIASA MESRA ALAM

Boleh hubungi saya untuk dapatkan Nutriwhite Gentle Action Makeup Remover

Adiana
SID 1123860
Pengedar Shaklee Putrajaya
0137131476
Pengeposan Seluruh Malaysia
.
.


dapatkan penjimatan 20%-30% dengan sign up ahli
anda akan diberi:
guide bisness
guide cara makan dan pengambilan yang betul
mentor yang baik hati

support group yang aktif
follow up yang berterusan

***Produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit.

6 comments:

  1. uish! pakai nutriwhite ni jimat melampau! sebotol tu saya pakai dekat setahun baru habis tau!

    ReplyDelete
  2. Memang best kalau guna bahan semulajadi, mmg tak menghampakan kesannya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..walau mkn mase kesan, kulit xde penggelupasan or rosak

      Delete
  3. Kalau pakai lemon pedih...guna makeup remover je best....lembut je

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah..kene plk tg bekas jerawat..aduhhh

      Delete

♥ Copyright © Nurul Fatin Adiana | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger