Wednesday, 19 October 2016

Bagaimana Vitamin C Mengawal dan Mengecutkan Jerawat

Dengar perkataan JERAWAT pun, rasa kurang gemar dah kan. Sakit kan naik tumbuh jerawat ni. Naik sebiji pun dah riuh sekampung.hehe


Jerawat ini ialah satu keadaan di mana sentiasa mengganggu sesorang individu tak kira dari peringkat umur. Mana tak ganggu, asyik duduk tilik cermin. Usik-usik jerawat tu. Kebiasaannya, remaja yang akan mengalami masalah jerawat ini namun ada juga sesetengah orang dewasa mengalaminya.

Jerawat boleh membuatkan seseorang itu rendah diri. Malu, segan nak bergaul dengan orang sekeliling. Jerawat terbahagi kepada dua jenis iaitu jerawat hormon dan jerawat cyst
 (batu,kronik,resdung etc).

Biasanya jerawat hormon ini akan tumbuh semasa seseorang itu mengalami perubahan hormon dalam badan, contohnya semasa nak datang haid, selepas aqil baligh bagi remaja lelaki ).

Jerawat cyst pula disebabkan oleh masalah dengan kalenjar minyak, pengeluaran sebum dan jangkitan kulit.

Walaubagaimanapun , kedua-dua jenis jerawat ini sukar untuk diuruskan. Sesetengah orang menggunakan bahan kimia dan kosmetik untuk menutup/merawat jerawat akan tetapi ada yang menjadikan keadaannya lebih teruk.

Sekiranya anda tidak mahu menanggung risiko, apa kata anda gunakan vitamin untuk tujuan merawat jerawat ini. Vitamin yang boleh membantu dalam mengurangkan berlakunya jerawat ialah VITAMIN C. Pengambilan vitamin C setiap hari dapat memberikan kelegaan untuk terjadinya jerawat.

Peranan Vitamin C Dalam Menghilangkan Jerawat

Oren salah satu sumber vitamin C


Bagaimana Vitamin C Mengawal Jerawat

Vitamin C sangat terkenal dengan kehebatannya membantu meningkatkan sistem imun individu, sekaligus meningkatkan keupayaan untuk melawan penyakit dan mikroorganisma itu.

Bukan sahaja dapat menghalang berlakunya jerawat tepi membantu dalam merawat jerawat. Vitamin C adalah vitamin yang lengkap dalam membantu menjaga kulit kita sihat, segar dan berseri.


Antioksidan

Vitamin C bertindak sebagai antioksidan untuk membunuh radikal bebas yang merosakkan kulit. Radikal bebas datang dari pelbagai sumber seperti cahaya matahari, habuk, asap dan pencemaran.

Antioksidan memberikan kekuatan yang diperlukan oleh kulit kita sekaligus membantu menentang masalah jerawat.


Penyembuh Semulajadi

Vitamin C menyembuhkan kulit yang rosak akibat jerawat atau sebarang jangkitan lain. Ia merangsang pertumbuhan ligamen dan tisu, yang membantu dalam penyembuhan parut disebabkan oleh jerawat.

Salah satu peranan vitamin ini ialah merangsang pengeluaran kolagen untuk kesihatan kulit. Fiber kolagen membantu dalam pembentukan lapisan bawah kulit dan menguatkan lapisan tersebut.

Ia juga merangsang pertumbuhan pembuluh darah pada kulit dan memperbaiki peredaran darah yang mana mengelakkan terjadinya masalah jerawat. Semakin baik pengeluaran kolagen, kulit kita makin cantik, berseri dan anjal.


Meningkatkan Sistem Imun

Vitamin C ialah salah satu vitamin yang dapat meningkatkan sistem imun badan kita.
Vitamin C mempertahankan imuniti badan dan kulit daripada jangkitan bakteria, salah satu penyebab terjadinya jerawat.

Ia menjadikan kulit kita semakin kuat sekaligus membantu melawan terjadinya jerawat.


Vitamin C : Pemakanan atau Sapu ?

Kita boleh mengambil vitamin C melalui pemakanan atau sapu krim dalam diet seharian kita untuk menghilangkan jerawat. Cara terbaik ialah melalui pemakanan , bukan sahaja memberi kesan yang baik pada kulit kita malah membantu memperbaiki kesihatan keseluruhan badan kita.

Pengambilan vitamin C yang mencukupi akan membantu memastikan kita cergas, sihat dan bebas dari sebarang jangkitan.

Dos yang disarankan : 1000mg - 1600 mg /  2 kali sehari untuk hasil yang terbaik ( Ini untuk mereka yang bermasalah ye)

Dos normal : 500mg  -1000mg  / sehari

Boleh juga anda nak ambil melalui sapuan dan suntikan, namun perlu berjaga-jaga.

Sesetengah orang, pengambilan vitamin C melalui sapuan tidak sesuai bagi mereka. Ia boleh berlaku kerengsaan sedikit pada kulit dan kadang-kadang boleh menyebabkan kulit terbakar dan dapat ruam.

Jadi, pastikan krim / serum tersebut selamat untuk kulit anda.

Begitu juga dengan pengambilan vitamin C melebihi 6000mg boleh menyebabkan loya, cirit-birit atau kembung. Berpada-pada ye!

PENGAMBILAN VITAMIN C : PEMAKANAN ATAU SUNTIKAN?

Sumber Vitamin C

Cara terbaik untuk mengamalkan vitamin C ialah melaui pemakanan. Anda boleh dapatkan sumber tesebut dari buah-buahan citrus. Contohnya : oren, limau gedang, lemon. Boleh juga didapati dalam sayuran seperti tomato, brokoli, tembikai dan lain-lain

LAGI SUMBER VITAMIN C

Walaubagaimanapun, jerawat ialah suatu keadaan yang menyakitkan dan peratusan untuk dapat parut itu tinggi. Tidak salah kita dapatkan bantuan dari suplemen sekiranya diet vitamin C seharian kita tidak mencukupi.

Gabungan pemakanan dan suplement membantu memerangi jerawat dengan berkesan sekali.

Sustained Release Vitamin C Shaklee

Shaklee telah mengeluarkan vitamin C yang dikuasakan dengan teknologi sustained release.

Bermaksud :

  • Pelepasan secara berperingkat
  • Setiap 1 tablet mengandungi 500 mg, ia akan berada dalam salur darah selama 5 jam. Setiap jam sebanyak 100mg dilepaskan
  • Vitamin C bersifat larut air. Sekiranya berlebihan ia akan dikumuhkan melalui urin kita.
  • Tiada campuran, pewarna atau gula tambahan





Mereka yang berpuas hati dengan vitamin C Shaklee







-
-
Jaminan Shaklee

SENTIASA SELAMAT



SENTIASA BERKESAN



SENTIASA MESRA ALAM

Boleh hubungi saya untuk dapatkan Vitamin C dan konsultansi PERCUMA



Adiana
SID 1123860
Pengedar Shaklee Putrajaya
0137131476
Pengeposan Seluruh Malaysia

***Produk shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit.














 


 



5 comments:

  1. Banyak kebaikan vitamin c ya. Sebelum ni tak pernah ambik tau ttg vitamin c.. Uhuhu

    Thanks shared info yang awesome! :)

    ReplyDelete
  2. wah! terbaik la ada vitamin C macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa dengar vit c untuk kulit cerah kan..

      Delete
  3. suka vitamin yang bulan nyunyut. hehe

    ReplyDelete

♥ Copyright © Nurul Fatin Adiana | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger