Saturday, 27 August 2016

sumber vitamin C semulajadi

Assalamualaikum..

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya..
Nak cerita lagi tentang vitamin C. errrmmm, vitamin C Allah yang cipta kan?

Cuba kita tengok oren, limau gedang, brokoli, kiwi semuanya kaya dengan vitamin C yang Allah cipta.

Subhanallah. Maha Suci Allah.

Sebelum itu jom kita kenal apakah ia vitamin C?

okay, vitamin C ialah vitamin larut air. ( asid askorbik ), dimana ianya tidak dihasilkan oleh badan kita dan kita harus mendapatkan vitamin C dari sumber luar contohnya sayur-sayuran hijau, buah-buahan citrus.

Untuk apa Allah cipta vitamin C untuk manusia?

Apa yang Allah cipta mesti ada manfaatnya seperti vitamin C sangat diperlukan oleh badan untuk membentuk kolagen dalam tulang, rawan, otot dan saluran darah.

Apa kegunaan kolagen?

Kolagen diperlukan oleh badan untuk memelihara keremajaan dan menanjalkan kulit.

Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.

Semakin meningkat usia, badan kita kekurangan kolagen dan tidak mampu menghasilkan kolagen.

See, dah tahu kan kenapa Allah cipta? Allah suka kecantikan !


sumber vitamin C ciptaan Allah s.w.t

Banyakkan sumber vitamin C semulajadi.

Cuma kita perlu mengetahui berapa banyak pengambilan sehari untuk setiap sumber buah-buahan, sayur-sayuran mahupun buahan citrus.

Dan kita perlu pilih sayur atau buah yang non GMO, bebas racun perosak. Yang betul-betul organik. Baru lah kita dapat khasiat cukup!

Dan atas sebab perlunya kita mengambil bahan ORGANIK selain dilengkapi teknologi canggih sekarang, maka lahirlah Vitamin C Sustained Release.

Vitamin ini diektrak dari jagung dan buah-buahan citrus seperti oren,lemon, grapefruit.
Shaklee amat menitikberatkan kualiti produk. Sumber yang diperolehi semestinya organik, bebas racun perosak, non-GMO.

Diperkaya dengan biaflovonoids.

Bioflavonoids atau dikenali dengan nama vitamin P, bukan termasuk dalam kelas vitamin tetapi sering disebut vitamin untuk memudahkan pengkelasan nutrien yang terkandung di dalamnya. Istilah bioflavonoids merujuk kepada beberapa jenis zat seperti hesperin, hespederin, eriodicytol, guercetin, myricetin dan flovonoids lain. Nutrien yang disebutkan ini tidak dihasilkan oleh badan dan perlu dapatkan dari sumber lain.

Manfaat bioflavonoids dalam vitamin C

Bioflavonoids membantu fungsi vitamin C iaitu dengan :
  • menjaga kekuatan pembuluh kapilari darah
  • menjaga kolagen(pelekat antara sel) agar tetap dalam keadaan sihat.
  • membantu penyerapan vitamin C
  • mengurangkan hipertensi
  • mengurangkan pendarahan
  • mencegah kerosakan kapilari dari rangkaian penghubung
  • membentuk pelindung terhadap jangkitan

Patutlah saya susah nak demam.

Bioflavonoids dikatakan berkesan digunakan dalam rawatan kecederaan sukan kerana mempunyai kesan menghilangkan rasa sakit. Zat ini juga digunakan untuk menghilangkan kesakitan di kaki dan sepanjang punggung dan boleh mengurangkan gejala pendarahan jangka panjang, serum kalsium rendah, penyakit herpes ( oral herpes ).

best kan vitamin C ini.

Selain dilengkapi dengan teknologi sustained release iaitu pelepasan secara berperingkat.
vitamin C ini mempunyai 500mg/tablet, sesuai untuk keadaan tubuh badan yang normal. Seitap 1 jam, sebanyak 100mg vitamin C dilepaskan dalam salur darah kita. Apabila kita demam, sakit..kita perlukan lebih vitamin C.

Bahaya ke makan vitamin C banyak ni?

Vitamin C vitamin larut air. Jadi, sekiranya tidak digunakan sepenuhnya maka ia akan keluar melalui urin kita.Seperti vitamin C Shaklee ini digunakan sepenuhnya kerana ia dilepaskan secara berperingkat dalam salur darah. Kan tak membazir kan.

Nak tahu lebih tentang vitamin C ini lagi? KEBAIKAN VITAMIN C

Nak cuba vitamin C shaklee?



Adiana
1123860
0137131476
Pengedar Shaklee Putrajaya
Pengeposan minima seluruh Malaysia


***Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.




No comments:

Post a Comment

♥ Copyright © Nurul Fatin Adiana | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger