Saturday, 27 August 2016

Resepi Sup Ayam Ala Thai simple

Assalamualaikum....

Harini saya nak share resepi sup ayam ala thai..lebih 10k yang share di fb haritu..terfemes sekejap..kikikiki

Selain tomyam, sup memang feveret saya kalau pi kedai makan Siam tu.

hubby puji sedap....hihihi

Sup ni en.suami yang request masa sahur bulan puasa lepas.

SUP AYAM ALA THAI ( 2-3 orang makan )
-------------------------



4 ketul ayam(yg dipotong 12)
4 ulas bwg putih
Sikit halia dan lengkuas
1/4 biji bwg Holland
Sebatang serai
Carrot
Sebungkus rempah suh tulang
Cili padi - nak pedas letak banyak
celery - saya tak letak. apa yang ada kat rumah je masa masak tu
Separuh biji Limau nipis

1. Sediakan bahan


2. tumbuk bwang putih, halia, lengkuas, serai separa lumat



3. Panaskan minyak dalam kuali ke, periuk ke. tumis bahan tumbuk tadi.

4. Masukkan 4 sekawan...haaa..4 sekawan ada yang tak tahu / lupa..biasa orang buat sup 4 sekawan lada hitam, kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. senang je nak cari kat kedai tu.dah packing siap2. saya tak suka ada bunga cengkih. bau dia tak best la kalau ada dalam sup.


5. masuk bawang besar yang dihiris dan ayam yang dipotong kecil


6. masukkan sesudu kecil (penuh timbun) rempah sup adabi



7. kacau rata, dan masukkan air biar tenggelam ayam tu.masuk sup bunjut


8. dah mendidih. masuk carrot dipotong memanjang




9. perahkan limau nipis


10. last , masukkan tomato dan perasakan.garam gula


DONE, tabur daun sup daun bawang.Sedap tu makan nasi panas...menamboh2, huhu

SELAMATMENCUBA !!




Boleh follow fb saya : Nurul Fatin Adiana Diey
Nak try supplement Shaklee pun boleh 0137131476

7 comments:

  1. Senang faham resipi ni, nak try masak juga nanti...

    ReplyDelete
  2. Tak pernah buat versi ni..nak cuba laaa

    ReplyDelete
  3. Sedapnya! Cara nak masak pun nampak simple aje... :D

    ReplyDelete
  4. Tq semua...mohon yang dah cuba, cer komen jadi or tak..hehehee

    ReplyDelete
  5. Saya dah try ikot resepi ni..alhamdulillah jadi dan sedap..biasa wat daging tapi ayam pon sedap😊

    ReplyDelete

♥ Copyright © Nurul Fatin Adiana | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger