Friday, 5 August 2016

mengandung kali kedua pasti mengujakan

Assalamualaikum,

terima kasih kerana sudi menyinggah di blog saya. sementara anak tengah tidur dan anak kedua duduk main dalam walker, ibu nya ambil kesempatan tulis entry ni. Terima kasih master Nur Zahirah bagi task ini, kadang kita ni kalau ada deadline baru lah rasa kena push juga diri untuk lakukan sesuatu. namun, tak eloklah buat kerja last minute melainkan kerja kita tetap perfect walaupun hantar last minute.hihi



Wah, baca tajuk pun rasa teruja. apa yang exciting sangatnya?

oklah saya nak cerita pengalaman saya mengandung anak kedua, Ahmad Ziyad bin Ahmad Zulhilmi,pada hari entry ini ditulis umurnya 4 hari lagi nak masuk setahun.

Hadirnya tanpa diduga. Mana taknya, saya tak period selama setahun lebih, waktu itu saya still bf+fm Aqil. Sehinggalah saya beli ubat di farmasi, rupanya ubat itu buat saya period/subur. Saya turun darah selama 3 hari namun sangat sedikit. Hairan.

Dan 8 minggu selepas itu, bangun pagi rasa loya. Asal pagi je loya. Loya je asal pagi.hehe.
Jadi saya rasa macam mengandung je, tapi tak check lagi. Bermulalah episod loya,saya pun beli pregnant test dan keputusannya line dua.

Alhamdulillah, masih dalam keadaan tak percaya.

Untuk mengandung yang kedua ini, saya consume set pregnant Shaklee ditambah ostematrix.
ni nak cerita macamana saya terjebak dengan ostematrix.

waktu Aqil berumur 8-9 bulan saya bekerja semasa itu, rasa letih, susu kurang, sakit belakang dan ditambah lagi saya sembelit dan buasir. Waktu itu, saya dah jadi Ahli Shaklee, namun makan sendiri sahaja.
Atas nasihat mentor, saya mencuba ostematrix. Wah, kesannya amat drastik. Kalau ingat dulu, saya ambil daflon tau untuk buang air besar. Kalau tak, memang menitik-nitik lah darah dalam mangkuk tandas. Seksa wei!!!

Tapi sampai bila saya nak bergantung dengan daflon, hanya sebab untuk buang air besar. itu yang menjadikan saya cuba ostematrix. Ostematrix ini pil kalsium tau. kandungannya bukan sekadar kalsium sahaja, akan tetapi dilengkapi dengan boron, vitamin D, magnesium,zinc dll.
Kandungan magnesium yang menyebabkan otot dan saraf kita mnegecut sekaligus memudahkan rembesan keluar sisa dari usus dan perut.

Dan bila saya dah kenal ostematrix, saya dah lama tinggalkan daflon.

waktu saya mengandungkan Aqil dulu, saya kerap kena 'nyetok karung' a.k.a kejang. siapa yang mengandung tahulah macamana rasanya. makin perut membesar, makin kerap kena.
Saya minum susu mengandung Axxxx tapi sekejap sebab badan saya naik dengan drastik.4kg sebulan. waktu itu kandungan baru masuk 5 bulan. pheww,nurse bagitahu memang selalu ibu mengandung minum susu jenama tu, selera makan membuak-buak.membebel doktor dengan nurse.terus stop minum.

Suami lah yang menjadi tukang urut saya.hihi. masa mengandung Aqil dulu, saya tak kerja. hanya memasak, tengok tv, buat kerja rumah yang lain je kerja saya. tak letih sangat mengandung kan Aqil tapi kerap kena kejang tu.

Mengandung kali kedua ini , memang saya dah prepare awal-awal ostematrix. Selain mengelakkan badan saya kekurangan kalsium, saya pun sayang gigi saya. Sapa tak sayang gigi kan, tak comey lah bila senyum gigi hitam.

mengandung kali kedua ni memang mengujakan sebab saya bekerja time tu. kerja sebagai tukang masak. Penat tau jadi tukang masak ni. Ditambah lagi kita ada anak sulung yang perlu diuruskan. Aqil berumur setahun lebih time mengandungkan Ziyad. memang kita lah kena urus semua. Balik kerja, dengan perut memboyot, uruskan makan pakai dia. Tapi, itulah pengorbanan nak jadi seorang ibu. Hargai ibu kita tau. Jaga hati dia.

Alhamdulillah, dengan consume set mengandung + ostematrix Shaklee saya kekal bertenaga, hilang lenguh badan, tidur pun lena cuma masa menunggu hari tu, tak berapa lena lah kan sebab start rasa mild contraction. Kejang kaki pun sangat jaranglah saya kena. Nak habaq bab betenaga tu, bayangkan perut memboyot sarat sangat elok je buat kerja. Kawan saya kat tempat kerja tu, asyik mengeluh je kata penat. Dia mengandung 7 bulan time tu. Padahal susu+ pil klinik tak miss. masa tu, dia ganti tugas saya dalam 3 jam, saya kena ke klinik untuk check up mingguan.Itupun dia kata dah penat sangat. Buka kena masak pun, just prepare makan kek pisang dan basuh 4-5 biji pinggan.

Saya last kerja waktu mengandung 39 minggu. 3 hari selepasnya, Ziyad selamat keluar. Yang ini saya dah cerita kat sini. memang MUDAH bersalin. Alhamdulillah, syukur yang amat.


Haaa, bab sembelit masa mengandung...seksa oi...berjam dalam tandas, push tak keluar..untuk pregnat kali kedua, senang je.Telan 4 biji ostematrix sebelum tidur, bangun pagi esoknya..selamat, lawas habaq mai haaa..

Terima kasih ostematrix. muah.xoxo

kebaikan ostematrix ialah :


Eh, ada yang sama dengan saya lah :






ostemarix sesuai untuk:

- ibu menyusu
- ibu mengandung
- warga emas
- suami / isteri yang kepenatan kerja
- surirumah yang menguruskan anak
- wanita yang mengalami sakit senggugut
- mereka yang sering mengalami kekejangan otot
- imsomnia / sukar tidur lena

Sebotol ostematrix mengandungi 120 tablets, senang ditelan dan sebiji mengandungi 250 mg calsium. 4 biji bersamaan 1000 mg.

Soalan : makan ostematrix ni boleh sebabkan batu karang ke?

jawapan : Tidak, kerana ostematrix Shaklee dilengkapi vitamin D yang membantu penyerapan kalsium dengan cepat ke dalam badan dan dilengkapi dengan magnesium yang membantu halang endapan kalsium.

Nak dapatkan ostematrix boleh hubungi saya.

Boleh dapatkan konsultansi dahulu ye. InsyaAllah, saya berikan yang terbaik.

Adiana
0137131476
id : 1123860
Pengedar Shaklee berdaftar kawasan Putrajaya dan berdekatan dengannya
Pengeposan seluruh Malaysia, Singapura, Brunei.

Disclaimer :

***Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


















No comments:

Post a Comment

♥ Copyright © Nurul Fatin Adiana | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger