Thursday, 12 May 2016

Set berpantang bagi ibu dan baby g6pd

Assalamualaikum...

Hai bertemu lagi...sini ingin saya kongsikan pengalaman saya sendiri yang mempunyai anak g6pd deficiency.

Sebelum itu saya terangkan dahulu apakah itu g6pd ?
Bahaya sangat ke?

g6pd ialah sejenis enzim yang diperlukan untuk menstabilkan membran sel darah merah.

Kekurangan enzim g6pd akan menyebabkan sel darah merah rosak dan pecah ( hemolisis )
apabila terdedah kepada jangkitan, ubat-ubatan, ubat gegat, ubat nyamuk, jamu, herba dan makanan tertentu seperti kacang parang.

Kebiasaannya mereka yang mempunyai kekurangan g6pd ialah kaum lelaki, manakala kaum perempuan pembawa sahaja. g6pd ini ditentukan oleh bahan baka yang dibawa oleh kromosom X.

Mereka yang mempunyai kekurangan g6pd ini jarang menunjukkan komplikasi atau sebarang gejala. Namun perlu berwaspada terhadap infeksi jangkitan dan beberapa ubatan tertentu yang boleh menyebabkan sel darah merah pecah dari tempoh matangnya.

Mereka akan mengalami gejala anemia, seperti pucat, sesak nafas, tidak bermaya, dengupan jantung laju.

Rawatan yang akan diberikan ialah sokongan oksigen, transfusi darah dan mengambil zat tambahan asid folik.

Walaubagaimanapun, mereka boleh menjalani kehidupan normal seperti biasa namun perlu menjauhi perkara atau benda yang boleh mendatangkan masalah.



okay, kita sambung ye.

Bagaimana saya mengetahui anak saya g6pd?

Pada mulanya saya seakan tidak percaya bahawa doktor memaklumkan anak saya mempunyai kekurang g6pd. Namun setelah mendengar penjelasan doktor, rasa amat lega. Rupanya tidaklah membawa maut cuma akan bermasalah seperti pucat, jantung berdegup laju dll.

Selepas kita bersalin, sampel darah tali pusat akan diambil dan dibawa ke makmal untuk diuji. Sekiranya mempunyai masalah g6pd, on the spot doktor akan memaklumkan pada kita (ibu) terutamaya.

Saya bersalin jam 8.40 pagi. Saya berada di wad dan hari yang sama jam 5.30 petang doktor datang memaklumkan saya yang anak saya perlu ditahan wad kerana g6pd.

g6pd ini boleh menyebabkan kuning baby cepat. Masa itu, doktor bagitahu saya yang ada kes yang teruk, hari pertama baby lahir pun dah kuning.

Waktu tu Ziyad ( anak saya yang g6pd) masih belum mendapat kuning.

Pasrah.

Bermulanya episod menggoogle, cari info tentang g6pd dan bermulanya episod berpantang.

Saya memang jenis tak suka makan jamu. Dari anak pertama lagi tak makan jamu. Saya makan ubat klinik sahaja. Untuk yang kedua ini saya pilih Shaklee kerana Shaklee ialah vitamin semulajadi..sangat tepat dan sesuai untuk ibu yang bayinya g6pd.

Saya consume :

- Zinc
- B-complex
- Vitamin C
- Ostematrix

Zinc : fungsinya menyembuhkan luka dalaman dan luaran secara cepat. Memang cepat luka saya baik.Dalam 2 minggu sahaja, saya dah boleh berjalan langkah besar.hehe.

Zinc ini penting kerana waktu Ziyad ditahan wad saya perlu berulang alik dari rumah hospital selama 6 hari. Penat tau.

B-complex : membekalkan tenaga dan menstabilkan emosi

Anak kena tahan wad, kita masih dalam pantang. Letih, perlu pam susu. Perlu berehat. Perlu berulang alik ke hospital. Letih dan semua ini perlukan tenaga. Selepas saya sarapan saya ambil b-comple 2 biji. Malam kekadang teringatkan anak emosi pun terusik. Sebenarnya tak elok untuk pantang ini, ditakuti terkena angin meroyan.

Vitamin C : membantu dalam penyembuhan luka dan meningkatkan sistem imun badan.

Ibu berpantang perlu sihat, bila kita sihat nak menyusu anak pun berjalan lancar. Bayi g6pd ni kuningnya agak lama, so perlu sentiasa susukan dia agar cepat turun bacaan kuning.

Ostematix : bantu elakkan sembelit dan mengurangkan lenguh-lenguh badan

Waktu berpantang tidur pun tidur ayam je orang kata. Sebab anak kerap menyusu so kerap jaga malam. Badan pun cepat lenguh kan. Ostematrix boleh bantu. Ambil 4 biji sebelum tidur esoknya lenguh makin berkurang, nak membuang air besar pun senang hati. Seriau bila ingat pernah terkena sembelit waktu berpantang anak pertama dulu.
.
.
.

saya kongsikan juga pengalan ibu lain yang menggunakan supplemen Shaklee semasa berpantang.


p/s : g6pd ini bukan penyakit tau. asalkan kita elak apa yang tak perlu baby makan atau kena, insyaAlla everything will be okay .  <3

nak tanya saya, terus call or whatsapp




0137131476
nurul fatin adiana
SID 1123860

sedia memberi perkhidmatan tiptop untuk anda

share sikit gambar baby ziyad

hai, saya Ahmad Ziyad bin Ahmad Zulhilmi...nak shaklee cari ibu saya ye :)

No comments:

Post a Comment

♥ Copyright © Nurul Fatin Adiana | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger