Monday, 25 January 2016

Pengalaman bersalin anak kedua di Hospital Putrajaya

Assalamualaikum...

hari ni berpeluang untuk share pengalaman bersalin anak kedua di Hospital Putrajaya.

okay, pada mulanya saya nak bersalin di Terengganu, sebab suami orang Terengganu so stay pantang dengan mak mertua macam anak pertama saya bersalin di Terengganu.

oleh kerana kami bekerja, so suami decide kita pantang sini. lahir baby kat sini, biar saya jaga awak.
saya hanya menurut perintah. :)

7hb Ogos 2015
---------------

Saya mengambil keputusan untuk bercuti seminggu sebelum bersalin. due date saya 14 Ogos 2015.
waktu tu banyak keputihan yang kental keluar. Anak gerak okay so saya tak risau, buat kerja rumah macam biasa.

9hb Ogos 2015
--------------

Rasa nak makan nasi minyak je,  hari itu saya masak nasi minyak Terengganu. makan dengan penuh selera, mana tahu anak nak keluar kan..bila dah keluar nanti, karang terliur je dalam pantang.Saya dah start packing baju anak, baju saya. itu pun tak kemas habis. Waktu tu, still tiada apa-apa tanda.

10hb Ogos 2015
---------------

39w 2d

Pukul 3 pagi time itu, terjaga dari tidur. Rasa macam tak sedap duduk. rasa sakit-sakit kat ari-ari dan sakit belakang yg mild.. Haih, kenapa aku gini ek..nak bersalin dah ke..

try pejamkan mata lagi, last-last lena jugak.

Pukul 5 pagi terjaga lagi..rasa sakit belakang kuat dari biasa. Bangun jelah, mana tahu nak dekat bersalin. jadi sambung kemas lagi. Siap kemas barang, nak pegi mandi untuk bersiap solat Subuh.
Discaj darah merah. Mesej kawan tempat kerja, sebab dia ada pengalaman bersalin discaj darah dulu. Dia bagitahu dah dekat tu kena terus pergi hospital katanya.

Saya kejut suami, bagitahu dia yang saya dah discaj darah. Dia kata siap-siap lah.
terus pergi mandi, time tu sakit agak sederhana kuat layan je air suam..huh, memang best. Rasa tenang jer...

Lepas mandi dan solat, golek-golek dulu dekat gym ball. Buat teknik squatting..dan ambil sarapan roti, kurma dan B-Complex. ( B-complex menukar dengan cepat makanan kepada tenaga )

Pukul 7.30 pagi, suami pergi hantar yang sulung kat taska dulu. Saya duk melayan contraction kat rumah.

Pukul 7.50 kami bertolak dari rumah ke hospital. Pagi-pagi memang jalan tersumbat sikit kat Putrajaya ni.. Hari isnin, orang kerja kan..Selawat, baca ayat Nabi Yunus tu dalam kereta. Bila contraction datang, apply breathing technique.

Sampai di lobi wad bersalin, suami drop saya dan cari parking. Masuk daftar nama. Nurse tanya 'kenapa?, sakit sangat dah ke?'..saya hanya mengangguk. Mungkin pagi ni rezeki saya,ada dalam 2 orang termasuk saya yang daftar bersalin. Nurse suruh masuk bilik untuk check, tukar baju kat tandas. Dalam tandas, datang lagi contraction,kuat. Lama saya dalam tandas, dalam 10 minit. Nurse panggil 'tak siap lagi ke?'.. saya keluar cakap, 'sakit'. Nurse suruh baring. Pasang ctg.

Doktor datang , check bukaan. Beliau bagitahu 'dah nak fully bukaan ni, I think 9cm'.Patutlah rasa sakit sangat, rupanya nak bersalin dah . Bergegas nurse-nurse semua buat persiapan haa..terus saya kena tolak dalam LB.

Masuk LB, bidan check lagi, beliau bagitahu dah 10 cm.doktor tanya, 'air ketuban dah pecah?..saya jawab 'belum doktor', kata doktor 'maknanya saya yang kena pecahkan sebab awak dah fully 10cm dah ni'..Redha, anak pertama dulu, pecah sendiri..saya tengok doktor cucuk dengan benda panjang, sejurus lepas tu, rasa mengalir panas je..pukul 8.20 pagi, suami dipanggil masuk.. Bidan suruh teran. Saya bagitahu 'tak sakit dah'. Doktor pun cakap ' awak dah 10cm ni tak rasa sakit lagi ke?'.. saya bagitahu 'tak'..'okay, awak rasa sakit, bagitahu ye'. Saya angguk. Dalam 5 minit, saya bagitahu bidan, sakit ni. Beliau siap-siap untuk sambut baby saya. Ada dalam 3 orang nurse termasuk bidan kat situ dan seorang doctor.

Bidan ajar teknik pernafasan, suami duk usap-usap kepala, bagi semangat. Saya try 2 kali push, tak lepas.mungkin saya tak pandai sangat nak apply brathing technique masa betul-betul nak bersalin. Cuba lagi, cuba lagi, dan rasa pedih sangat. Bidan kata, haa dah nampak kepala. Ambil nafas lagi, push lagi. Keluarlah kepala baby. Dan untuk push yg kedua ni terus meluncur baby keluar..Senyum saya.. Hilang rasa penat letih meneran bila tengok baby keluar.
No EPISIOTOMY. yeay..sangat bersyukur walaupun baby saya 3.58 kg. agak besar baby saya yang kedua ni berbanding abangnya.Abangnya 2.82 kg.

Skin to skin with my baby..comelnya anak syurga ni.
Waktu tu bidan cakap, 'awak ada luka sikit ni, so kena jahit. jahit satu je. Saya tak bius ye'.
Saya tanya dia ' tak jahit tak boleh ke?', dia jawab ' nanti tak cantik bila dah cantum'..okay lah, relakan je lah. saya kena jahit bukan di perineum ye, saya kena jahit di kawasan labia minora. boleh google naa, di kawasan mana. Sekali je kena cangkuk, dah setel.

Alhamdulillah.

Dipindahkan ke dalam bilik menunggu.untuk dimasukkan dalam wad. Suami masuk teman. Borak-borak dengan dia.
Nurse datang letak baby kat saya. Haih, rasa macam Ya Allah, macam tak percaya je aku boleh bersalin baby seberat ni. Lega sangat.

Doctor datang check perineum. Beliau bagitahu, okay done.Maksudnya dah tiada sisa-sisa yang besar dlm perut saya ni.

Datang nurse pulak, bagitahu saya kena transfer ke hospital bersalin berisiko rendah dekat Presint 8. Naik ambulan. hehe. merasa jugak naik ambulan..hahahaa

saya ditolak naik wheelchair, sampai kat van ambulan, alamak tinggi pulak kena langkah.kita ni baru je bersalin. Pukul 10 pagi time tu, so naik la slow-slow. Dalam ambulan ada 2 orang ibu yang tengah contraction kuat. Tapi bukaan tak banyak. Mereka pun kena warded jugak dekat Presint 8.. waktu tu saya pangku baby, salah sorang ibu tu tanya 'baru bersalin ke?'..saya jawab 'haah, pukul 8.40 pagi tadi'..dia jawab 'ooo, muka tak nampak letih pun, tak sakit ke?''.. saya jawab ''sekarang ni tak sakit dah.''

Saya kena warded pagi, petangnya saya dibenarkan keluar....balik rumah..

Syukur , dipermudahkan bersalin.

Alhamdulillah, JUTAAN TERIMA KASIH diucapkan untuk doctor, nurse, bidan Hospital Putrajaya. dan  para Nurse Hospital Bersalin Berisiko Rendah Presint 8. Layanan memuaskan hati dan selesa.

Review saya : Hospital Putrajaya memang mempunyai alatan yg lengkap untuk bersalin. Katil pun selesa. Tempat bersalin dalam bilik. Best. Staffnya pun okay.ramah. Cuma, yang tak bestnya, nak menginap di Hospital Putrajaya tapi tak cukup katil katanya. Kena tolak ke Presint 8.

Review saya : Hospital Bersalin Berisiko Rendah P8.Keadaan bilik selesa. Patient ditempatkan seorang sebilik. Actually HBBR P8 ni rumah apartment. So, wadnya by rumah.Seunit rumah 1 wad. Dalam rumah tersebut ada 3 bilik. Bahagian ruang tamu dijadikan tempat kaunter nurse.
Kat sana semua nurse terlatih, matron dan sister yang berpengalaman. Doktor datang untuk check baby yg kena tahan wad jaundis..


---------------------

Untuk anak kedua ni , saya banyak amalkan set kehamilah Shaklee yang basic sahaja.

Vitalea saya tak ambil disebabkan saya ni Beta Thalassemia Trait.

Biasanya penghidap Talasemia tidak menunjukkan apa-apa tanda atau masalah kesihatan. Pengesanan hanya boleh menurunkan gen Talasemia kepada anak-anaknya. Sekiranya salah seorang ibu atau bapa adalah pembawa, keadaan berikut boleh berlaku. Peratusan risiko untuk setiap kehamilan;
— 50% kemungkinan adalah pembawa
— 50% kemungkinan adalah normal
— Tiada anak yang menghidap Talasemia(talasemia major

 Rujukan : wikipedia

Yang saya consume Asid Folic ( B-Complex ), Vitamin C Sustained Release , Omega Guard dan Ostematrix.

Alhamdulillah, sepanjang mengandung saya tiada masalah yang teruk. Cuma masalah HB rendah itu normal bagi saya Beta Thalassemia Trait ni. Cuma saya dinasihatkan untuk jaga pemakanan.
Mengandung ni badan kita berkongsi 'dua orang'. So, kita perlukan lebih dari biasa. Ini kerana, kita perlu jaga badan kita dan kandungan kita. Jadi ibu mengandung , jaga makan ye. Jangan main taram je. Yang fast food, tak perlu selalu makan. maggi ke, air gas ke, minuman manis-manis tak berapa digalakkan kecuali teringin sangat.

jangan salahkan nurse pulak, kenapa kita kena minum air gula. dan mengalami GDM. minum air gula tu fungsinya untuk mengetahui kandungan gula dalam darah bagi mengelakkan penyakit kencing manis semasa hamil ( GDM ).

B- complex saya ambil masa trimester pertama lagi untuk elakkan kecacatan pada baby. Kekurangan b-complex ( asid folic )  boleh menyebabkan baby  mendapat kecacatan pada sistem saraf iaitu spine bifida. So, ibu WAJIB ambil makanan / vitamin berasaskan asid folic. Boleh amal sehingga trimester ketiga. Tiada masalah.

Vitamin C pula sangat sesuai diambil bersama b-complex. Ini mempercepatkan kadar penyerapan zat besi dalam badan. Vitamin C penting untuk penghasilan kolagen bagi membina tulang, rawan dan otot-otot fetus. Masa saya mengandung, jarang sangat dapat selsema. Demam memang tak de kena lah.Alhamdulillah.

Omega guard untuk membantu pertumbuhan dan perkembangan otak janin. Bagi ibu pula, ia membantu untuk mengawal tahap kolestrol dalam badan ibu. Sistem pertahanan ibu pun makin kuat , dan jarang dijangkiti demam, selsema.

Ostematrix saya ambil untuk gantikan susu sebab saya tak minum susu. Minum susu coklat je. Ingat lagi masa mengandung anak pertama, saya minum susu coklat jenama XXXXXX, huh memang selera saya naik. Kuat makan sampai seminggu 2 kg naik. Tak pasal-pasal kena marah dengan nurse.
untuk pregnant kali ni, saya ambil ostematrix. Memang lancar sistem pembuangan saya. hehehe. Tiada sembelit. Kebas-kebas kaki pun jarang-jarang kena. Tidur memang nyenyak la ambil ostematrix ni.

Alhamdulillah, sepanjang amal set kehamilan Shaklee walaupun tak lengkap (vitalea tak ambil ), saya tak cepat penat.. sentiasa bertenaga melakukan kerja. Ni nak share, time saya bercuti ada staff assist tugas saya, dia kata penatnya. Macamana kau boleh tahan padahal kau mengandung...hehehe..penangan Shaklee la...Alhamdulillah.

Pilihlah produk yang natural, bukan sintetik dan berkesan untuk kehamilan anda...Enjoy your pregnancy.

Belanja sikit gambar my baby :

ni dah nak masuk 6 bulan



ni umur 9 hari...nama saya Ahmad Ziyad


ni nasi minyak Terengganu yang sempat saya masak sebelum bersalin...

Okay..

Nak dapatkan petua tips mudah bersalin, boleh hubungi saya. Nanti saya share personally..dan yang nak try set kehamilan shaklee, boleh call / whatsapp / telegram 0137131476

No comments:

Post a Comment

♥ Copyright © Nurul Fatin Adiana | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger