Thursday, 15 October 2015

Kursus Spa

Assalamualaikum

Hai semua, semoga sihat-sihat belaka ye.

Saya nak story about Family GLAMsSpaClan.

Mesti korang tertanya tanya GLAMsSpaClan tu ape kan..
Tu lah group support saya.

Minggu lepas 3hb Oct, kami agent The Walking Beauty berpeluang bersua muka walaupun masing-masing
sibuk, tinggal jauh namun disebabkan training Spa dan nak timba ilmu baru lagi, 'curi' masa ke sana.
Ni training Spa di rumah mentor kami, Anisah Hussin.

Yang datang ni ada yang dari Pekan, Pahang..Langkawi pun ada..Saya je dari Putrajaya..dekat jer 40 minit
dah sampai.

Kalau korang nak tahu, training ni bebas nak bawa family tau sebabnya bisnes kami bisnes family.
Haaa..so saya kelek lah my new born umur 50 hari tu.

Training spa ni bukan sekadar tengok je, dengar dan catat. Agent akan dilatih terus.
Sebab, teknik facial dan face massage sangat memerlukan pemerhatian, jadi peserta
dikehendaki membuat latihan terus ke atas model.
Baru cepat dan faham kan. Nota pun akan diberi.

Training ni berlangsung dari tengahari sampai ke malam. Tu pun rasa macam tak cukup lagi.
Sebabnya bukan training spa sahaja tau malah coaching marketing, coaching tips nak ke Bangkok,
tips kecantikan. Sambil training, masing-masing sharing tentang Home Spa sendiri dan yang bestnya
berkongsi teknik pikat customer.

Ni gambar sebahagian family GLAMsSpaClan.

Ada yang tak berkesempatan utk datang. It's okay sebab WA lah penghubung kami semua. Dah ibarat kakak adik dah.



Sememangnya coaching offline berlainan auranya..

Korang nak join group kami jugak?

Boleh sangat-sangat.

Sememangnya kami sangat mengalukan kedatangan korang dalam keluarga kami.

PM / Whatsapp

< Nama > < Lokasi > < Umur > ke +6013-7131476

Adiana
0137131476
Adrianna d'jemari Spa
Natural Mobile Spa
Agent The Walking Beauty
Family GLAMsSpaClan

No comments:

Post a Comment

♥ Copyright © Nurul Fatin Adiana | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger