Tuesday, 10 February 2015

Nugget Ayam Tempura Homemade Yang Simple

Assalamualaikum,

Actually sy minta bantuan encik google juga mencari resepi ni. Memang senang cuma kerajinan saja yang perlu ditambah..hihi..

Sy suka makanan frozen, sampaikan Aqil pun selalu mintak. Tapi bila tengok dia makan, kesian pun ada sebabnya ada msg, tak sesuai lagi untuk umur dia.. Jadi, sy rasa better buat sendiri sebab kita boleh kawal berapa banyak garam gula yang kita nak letak.

RESEPI MUDAH

500 g isi ayam - buang segala tulang, kulit, urat putih supaya tak melekat kat blender
1 sudu teh garam
1 sudu teh lada sulah / lada putih
1 biji telur - dipukul
1 1/2 sudu makan tepung gandum

** nak tambah cheese, thyme atau lain lain herbs pun boleh

bahan untuk menyalutnya

Satu bekas asing tepung gandum

Satu bekas asing : 1 biji telur, 1 sudu teh gula castor , 1 sudu teh lada sulah.

Cara-cara :

1. Isi ayam diblend ( guna food processor / blender / sy guna turbo chopper tupperware )

2. Masuk dalam bekas dan campurkan semua bahan.

3. Gaul rata.

4. Kepalkan kecil-kecil isi ayam tersebut, masukkan dalam tepung gandum, golek golek sikit masukkan dalam bekas berisi telur, then masukkan balik dalam bekas berisi tepung.

5. Bentukkan macam nugget.

6. Boleh digoreng

7. Untuk buat frozen, goreng sekejap, toskan dan sejukkan. Masuk dalam peti ais




Selamat MENCUBA....



No comments:

Post a Comment

♥ Copyright © Nurul Fatin Adiana | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger