Friday, 23 January 2015

Kuah laksa pekat dan sedap

Hai semua,

Hari ini dengan perasaan gembiranya saya nak share makan kegemaran saya, dari kecil lagi minat / suka sangat dengan makanan ni. Sampai saya umur 18 tahun, saya belajar memasak dari mama saya.
Dan, masa saya belajar di Poli JB dulu, setiap kali birthday saya memang saya suka masak makanan ni, jamuan kecil kecilan utk memember.

LAKSA MAMA 



Bahan kisar A :

2 biji bawang putih

6 biji bawang merah

1 biji bawang besar

6 biji cili padi

1/2 inci lengkuas

Bahan kisar B :

Sekilo ikan selayang / sardin. Boleh juga campur sedikit ikan kembong.
Direbus dahulu bersama 2 keping asam gelugor/asam keping.

Bahan C :

3 sudu besar cili boh

2 ikat daun kesum ( harga rm1.00/ikat - normal harga disini ) - buang tangkai, ambil daun sahaja

2 - 3 kuntum bunga kantan ( bergantung pada saiz ) - dibelah 4

2.5 cm belacan

Sebiji limau nipis - diperah

Perasa


Cara - cara :

1. Rebus ikan bersama asam keping. Dalam 20 minit, sejukkan dan toskan.
Asingkan isi dengan tulang. tulangnya jangan dibuang ya . Kisar tulang ikan dahulu dan tapis. Ambil airnya sahaja. Kisar 2 kali. Last, cuci dahulu blender baru lah kisar isi ikan. Kisar sekejap sahaja.

2. Panaskan periuk  yang berisi air rebusan ikan tadi dan tuang bahan kisar A ke dalam periuk bersama cili boh. - anda juga boleh gunakan cili kering kisar.

3. Biarkan ia mendidih, baru masukkan air tulang yang dikisar tadi. Biarkan dalam 10 minit. Barulah masukkan isi ikan yang dikisar tadi.

4. Masukkan bahan C , daun kesum, bunga kantan, belacan, perahan limau nipis. Biarkan ia mendidih.

5. Kacau dan biarkan selama 30 min. Api slow.

6. Baru lah masukkan bahan perasa.


Hidangkan bersama laksa dan ulam ulamannya.

Ulam ulaman :

Timun batang

Limau nipis / Limau kasturi

Telur rebus

Nenas masak

Bawang besar - hiris

Cili padi / Cili besar merah

Salad

Ada juga yang gemar letak petis udang. Boleh saja.


Selamat mencuba :)

No comments:

Post a Comment

♥ Copyright © Nurul Fatin Adiana | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger