Thursday, 22 January 2015

KEBAIKAN ASID FOLIK UNTUK IBU MENGANDUNG

PERLU KE MAKAN ASID FOLIK?


Belek belek post di kelab ibu hamil, seringkali terjumpa soalah, perlu ke ibu mengandung makan asid folik?
So, nak tanya balik..kalau pergi check up antenatal, kenapa doc bekalkan asid folik, b-comp,vit C, iron tablet?
Kepentingan asid folik nak cerita mai, untuk elak spina bifida.

Spina bifida tu gapo dio?
Spina bifida bermaksud "sumbing tulang belakang". Ia berlaku apabila tiub neural tidak berkembang dengan betul menyebabkan saraf tunjang tidak tertutup sepenuhnya dan terdapat jarakan (gap) di antara vertebra. Saraf tunjang dan saraf-saraf juga tidak berkembang dengan sempurna.



Badan kita tidak hasilkan asid folik ye, dan asid folik kita boleh dapat dari makanan atau vitamin tambahan
Makanan yang kaya dengan asid folik - kubis, kangkung, daging, hati, ginjal, kekacang, gandum dan oren.
Walaupun ibu hamil telah dibekalkan asid folik, jangan lupa mengambil makanan yang berasaskan asid folat.
Beware. Kandungan asid folat cepat hilang dengan suhu yang tinggi. Oleh itu, jangan masak sayuran dengan masa yang lama.Ibu boleh menumisnya terlebih dahulu atau makan mentah sahaja tetapi pastikan sayur dicuci bersih.
Keperluan asid folik untuk ibu hamil ialah 0.6 mg sehari bersamaan 600 microgram dan boleh mencapai 1 miligram sehari.
Sebenarnya, asid folik ni sebelum hamil pun boleh ambil untk persediaan hamil dan asid folik sangat diperlukan ketika hari ke 15 hingga 28 hari selepas persenyawaan.
Kepentingan asid folik juga untuk meningkatkan perkembangan motor sensor baby.

-----------------------------
Kelebihan B-Complex with Folic Acid
- Diformulasi dengan penyerapan berpaten. Penyaluran zat makanan berpaten untuk meningkatkan penyerapan nutrien penting iaitu asid folik.

- Ada 8 jenis vitamin B - B1,B2,B3,B6,B12,Biotin, AsidPantotenik, Asid Folik.

- Jika anda mengambil vitamin B Complex with Folic Acid ini, anda tidak perlu memakan 2 jenis vitamin lagi kerana ia mempunyai kedua-duanya. ( Folik Asid dan B-Complex )

- Membekalkan 200 mcg asid folik per hidangan.




sumber rujukan : www.babycenter.com
buku rahsia kesihatan ibu hamil
hasil perkongsian dari Nutritionist Shaklee ( H & W talk )



Sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya untuk free consultation

Adiana
SID 1123860
0137131476
adiananurulfatin@gmail.com

*** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


No comments:

Post a Comment

♥ Copyright © Nurul Fatin Adiana | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger